permulaan kata sekalian umat,
salam sejahtera maksud tertera,
pencerna minda penguat semangat."
penulis bukanlah seorang yang warak untuk berkata tentang permasalahan aurat ini. tetapi, penulis juga dikurniakan Akal oleh Allah SWT untuk berfikir serta merungkai persoalan aurat yang menjadi isu dalam kalangan umat sejagat.
saya ditawarkan untuk menulis berkaitan isu aurat bersempena kempen 'JOM COVER AURAT' yang bakal berlangsung di UiTM Kuantan. Bagi saya, isu aurat ini tidaklah mudah untuk dirungkaikan sebegitu sahaja tanpa sebarang rujukan atau ilmu kerana "menuntut ilmu tanpa guru bermakna menuntut ilmu dengan syaitan". Nauzubillah.
A.U.R.A.T.
perkara yang mustahak, penting kerana apabila ianya terdedah, mendatangkan dosa bukan sahaja pada individu itu, malah insan sekelilingnya juga. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan yang berlainan jantina. Aurat diumpamakan emas permata dan harga diri yang tiada nilainya. untuk menjaganya amatlah seksa, tetapi untuk mendedahkannya, amatlah bahaya. kenapa saya umpamakan aurat ini seperti emas. cuba anda berfikir sejenak :
EMAS - mahal, berharga dan amat disukai oleh manusia kerana kecantikannya. apabila kita mempunyai emas itu, kita akan menjaganya sebaik mungkin kerana khuatir akan hilang dari genggaman. sesetengah insan yang berkemampuan, mereka akan membuat satu tempat atau lokasi untuk menyembunyikan emas tersebut. cuba kalau emas itu didedahkan, ianya amatlah bahaya kerana daripada pendedahan itulah tejadinya fitnah. mengapa fitnah? insan, manusia ini diciptakan tanpa kepuasan. itulah jawapan kepada kewujudan nafsu. kita tidak boleh memenuhi nafsu kita. fitnah akan berlaku, dimana insan lain akan mempertikaikan kemampuan kita memliki emas tersebut. mereka akan menyebarkan fitnah dimana sahaja. kerana iri hati, mereka sanggup memakan daging saudara sendiri. sesungguhnya, dalam Al Quran juga menjelaskan, dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. buka mata anda, adakah benar apa yang diperkatakan oleh saya? jikalau tidak, buanglah sejauh-jauhnya perkataan saya ini.
![]() |
| di syurga, lebih banyak daripada ini. |
AURAT- sensitif, tersembunyi dan amat disukai oleh manusia, terutama berlainan jantina. kerananya, nafsu memuncak. kerananya, zina berlaku. kerananya, penambahan kes-kes di negara. kerananya jugalah, insan berdosa. untuk menjaga aurat ini, amatlah seksa. kerana pemakaian yang hampir menutupi seluruh anggota badan. dengan keadaan cuaca yang panas, manusia merungut kepanasan dan berpeluh. sesungguhnya, apabila mereka merasai kepanasan dunia, Allah SWT ingin mengingatkan manusia tentang kepanasan nerakanya. manusia juga perlu ingat, apabila mereka menemui ajal nanti, mereka juga akan ditutup keseluruhannya. tiada lagi kita lihat kain kapan berfesyen. manusia juga tidak sedar, apa persamaan SAUNA dan menutup aurat? PELUH. apabila peluh keluar, sihat lah badan kita. tidak perlulah kita mengeluarkan duit yang banyak untuk proses rawatan kesihatan. walhal, dalam Islam sendiri mempunyai cara untuk hidup sihat. sedarkah kita? seterusnya, apabila aurat didedahkan, ianya cukup bahaya. seperti yang saya katakan dulu, apabila terdedahnya aurat, banyak 'KERANA' yang akan berlaku.
![]() |
| jangan hanya dipandang, lambat laun dikoyakkan. |
konklusinya, menjaga aurat ini, ibarat menjaga emas. biarlah seksanya ditanggung di dunia. sanggupkah kita untuk menanggung seksa di akhirat kelak? renung-renungkan dan selamat beramal :) "kehormatanmu, mahkotamu"
"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"
sekian, wassalam. :)
-ISLAM ITU MUDAH, sifat manusia menyukarkan yang mudah-
ekspressi muda oleh *M.Z.I*


No comments:
Post a Comment