Assalamualaikum dan salam sejahtera
(ku nukil risalah kecil ini di celah-celah ruang lapangku dengan harapan terlihatnya secebis perubahan baik pada umat bangsaku yang kini menggelupur dek kroniknya sakit,insha Allah.)
Cuti ini ku manfaat sebahagian besar ruangnya untuk bersama ahli keluarga dan saudara mara yang ku sayangi.ku habiskan kebanyakan masa bermesra dan bercanda dengan mereka selain kadang-kadang membuat sesuatu bersama mereka.cuma,bukanlah niatku menjadikan halaman kosong ini sebagai diari cutiku,cuma mahu menjadikannya sebagai platform untuk satu perkongsian apa yang ku lihat dan ku saksi dalam lembaran hari cutiku di Kuala Terengganu.
penat bermain mata di bandar,hari itu kepingin pula mahu menghirup angin di kawasan kampung dan luar bandar.ku berterima kasih kepada motorsikal yang tak berapa nak baru;Honda Wave yang sudi menjadi tungganganku melintasi jalan kecil dan laluan tali air di sekitar kampung.tatkala itu,
...to be continued
No comments:
Post a Comment