Wednesday 4 January 2012

Kuiz Online : Kempen Jom Cover Aurat


*Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar UiTM Kuantan Sesi 2011/12
*Jawab SEMUA soalan
*Tidak dibenarkan menyertai kuiz ini melebihi satu kali. Sesiapa yang didapati bersalah, penyertaan akan terbatal secara automatik.

Mulakan dengan BISMILLAH, sudahi dengan ALHAMDULILLAH. Selamat Mencuba!

KLIK DISINI UNTUK MULA MENJAWAB

Friday 30 December 2011

Pusat ke lutut?


Pucuk ubi di tepi taman,
Sireh seikat di tepi kolam;
Mari teman mari kawan,
Mari soal aurat kaum Adam.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar my dear blog readers? :) *Et harap semua sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt, Maha Pencipta kita. Sedap tak pantun kat atas? Macam kureng je kan? Haha. Tu mukadimah je. Yang penting intipati yang ingin *Et ‘korek’ kejap lagi dan feedback daripada readers semua amat digalakkan. Seperti yang *Et dah kata kat dalam pantun kat atas tu ha, tajuk entry kali ni *Et nak cakap adalah pasal aurat lelaki dan di mana silapnya etika kaum Adam ini berpakaian. Acapkali kaum Hawa je yang orang ‘aim’ dan nampak kesalahan mereka berpakaian tak tutup aurat. Lelaki tak pernah terdedah aurat ke? Pernah kan tapi orang biasa buat nampak tak nampak je. So, sebagai satu kelainan, kali ini blog Jom Tutup Aurat akan memuatkan antara kesalahan (untuk dijadikan pengajaran) tatkala lelaki berpakaian.

1.    Berpakaian ketat
Biasa orang perempuan akan ditegur bila pakai baju dan seluar yang ketat. Tapi, pernah tak orang tegur bila lelaki pakai pakaian yang ketat pulak? Jarang kan? Berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh adalah haram di sisi Islam. Walaupun ‘cutting’ lelaki straight je tak seperti kaum wanita yang ber’shape-shape bentuk badan mereka, namun begitu, tak bermakna lelaki boleh berpakaian sewenang-wenangnya tanpa memikirkan soal nampak bentuk tubuh. Hal ini kerana, menampakkan susuk tubuh umum mengetahui boleh menarik pandangan orang lain yang bukan muhsin dan dikhuatiri kotor pemikiran mereka lantas boleh menggerakkan tiang iman dan menaikkan nafsu syahwat secara sengaja atau tidak. Pernah ke korang terfikir pasal ni? :) Ha… Kalau baru terfikir, alhamdulillah. Sedar jugak… Hehe. Pasni pakailah baju longgar-longgar cikit ye cik abang. Tak comel lah pakai baju ketat ni. Takut tengok badan ketul-ketul. Hahaha. Gurau je.

2.    Tukar baju di khalayak awam
Rasa-rasa readers boleh agak kat mana biasa perbuatan ni berlaku. Selalu brader-brader lepas main bola, main futsal, main badminton dan lain-lain lagi sports kegemaran dengan selambanya tukar baju depan-depan umum yang biasanya ada lelaki dan ada owang perempuan. Tahulah time tu tengah peluh-peluh tak selesa pakai baju basah tapi considerlah sikit mata-mata yang kiri kanan atas bawah memandang aurat anda. Berdosa kot tayang aurat walaupun kejap. Kalau nak tukar baju pun, pergilah kat men’s room kejap baru tukar. Kan lagi privacy.

3.    Short pants
Tau tak aurat lelaki tang mana? Bawah pusat hingga paras lutut. Tapi selalu tak korang ternampak lelaki pakai shorts atas dari lutut? Kalau tak selalu pun mesti pernah jugak kan? Hehe. Bukan nak salahkan tak leh pakai seluar pendek, if can wear shorts yang panjang cikit lepas bawah lutut kan lagi baik. Selamat dari terdedah aurat dan fikiran kotor manusia sekeliling. Lagi pun, risiko cedera boleh dikurangkan serta taklah ternampak kekurangan seperti parut, kudis, kesan gigitan nyamuk dan benda-benda yang tak sepatutnya dilihat. Hehe. Betul tak pe *Et cakap ni? Jangan gelak je tau… :)

4.   Baju nipis
Ha… Ni lagi satu kesilapan lelaki pabila berpakaian. Ingat perempuan je biasa pakai baju nipis? Lelaki pun adalah. Hot sangat ke pakai baju camtu? Tak kot. Pakai baju yang betul-betul baju lagi smart. Taklah pening mata ni main teka teki. Teka teki apa? Tekalah… Haha. Mesti ada orang akan argue pasal ni. Pakai baju nipis? Nampak ke aurat lelaki yang sekangkang kera tu? Ada yang akan kata “Ala, tak nampak pon. Tu je nak kecoh.” Dan ada yang akan kata “ Ala, tak nampak pon. So, watpe nak tayang?” Hahaha… Sebenarnya bukan masalah nampak ke tak nampak, masalahnya efek kepada orang lain bila nampak kita pakai baju nipis. Pandangan orang juga penting sebab orang akan menilai kita dari cara kita berpakaian. Pakai selekeh orang akan cakap apa? Pakai kemas orang cakap pe? Imej luaran melambangkan jiwa dalaman seseorang individu. Dress well, people will respect you more.

I think that’s all for this while… Kalau ada nak tambah, komen lah yer...

Bunga mawar kembangnya merah,
Daun kasturi berbau wangi;
Silap cakap janganlah marah,
Tegurlah nanti I tak buat lagi.

Maceh~
:)

Thursday 29 December 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

(ku nukil risalah kecil ini di celah-celah ruang lapangku dengan harapan terlihatnya secebis perubahan baik pada umat bangsaku yang kini menggelupur dek kroniknya sakit,insha Allah.)

Cuti ini ku manfaat sebahagian besar ruangnya untuk bersama ahli keluarga dan saudara mara yang ku sayangi.ku habiskan kebanyakan masa bermesra dan bercanda dengan mereka selain kadang-kadang membuat sesuatu bersama mereka.cuma,bukanlah niatku menjadikan halaman kosong ini sebagai diari cutiku,cuma mahu menjadikannya sebagai platform untuk satu perkongsian apa yang ku lihat dan ku saksi dalam lembaran hari cutiku di Kuala Terengganu.

penat bermain mata di bandar,hari itu kepingin pula mahu menghirup angin di kawasan kampung dan luar bandar.ku berterima kasih kepada motorsikal yang tak berapa nak baru;Honda Wave yang sudi menjadi tungganganku melintasi jalan kecil dan laluan tali air di sekitar kampung.tatkala itu,

...to be continued



Tuesday 27 December 2011

AURAT itu umpama EMAS

"assalamualaikum pembuka bicara,
permulaan kata sekalian umat,
salam sejahtera maksud tertera,
pencerna minda penguat semangat."

penulis bukanlah seorang yang warak untuk berkata tentang permasalahan aurat ini. tetapi, penulis juga dikurniakan Akal oleh Allah SWT untuk berfikir serta merungkai persoalan aurat yang menjadi isu dalam kalangan umat sejagat.

saya ditawarkan untuk menulis berkaitan isu aurat bersempena kempen 'JOM COVER AURAT' yang bakal berlangsung di UiTM Kuantan. Bagi saya, isu aurat ini tidaklah mudah untuk dirungkaikan sebegitu sahaja tanpa sebarang rujukan atau ilmu kerana "menuntut ilmu tanpa guru bermakna menuntut ilmu dengan syaitan". Nauzubillah.

A.U.R.A.T.
perkara yang mustahak, penting kerana apabila ianya terdedah, mendatangkan dosa bukan sahaja pada individu itu, malah insan sekelilingnya juga. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan yang berlainan jantina. Aurat diumpamakan emas permata dan harga diri yang tiada nilainya. untuk menjaganya amatlah seksa, tetapi untuk mendedahkannya, amatlah bahaya. kenapa saya umpamakan aurat ini seperti emas. cuba anda berfikir sejenak :

EMAS - mahal, berharga dan amat disukai oleh manusia kerana kecantikannya. apabila kita mempunyai emas itu, kita akan menjaganya sebaik mungkin kerana khuatir akan hilang dari genggaman. sesetengah insan yang berkemampuan, mereka akan membuat satu tempat atau lokasi untuk menyembunyikan emas tersebut. cuba kalau emas itu didedahkan, ianya amatlah bahaya kerana daripada pendedahan itulah tejadinya fitnah. mengapa fitnah? insan, manusia ini diciptakan tanpa kepuasan. itulah jawapan kepada kewujudan nafsu. kita tidak boleh memenuhi nafsu kita. fitnah akan berlaku, dimana insan lain akan mempertikaikan kemampuan kita memliki emas tersebut. mereka akan menyebarkan fitnah dimana sahaja. kerana iri hati, mereka sanggup memakan daging saudara sendiri. sesungguhnya, dalam Al Quran juga menjelaskan, dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. buka mata anda, adakah benar apa yang diperkatakan oleh saya? jikalau tidak, buanglah sejauh-jauhnya perkataan saya ini.

di syurga, lebih banyak daripada ini.


AURAT- sensitif, tersembunyi dan amat disukai oleh manusia, terutama berlainan jantina. kerananya, nafsu memuncak. kerananya, zina berlaku. kerananya, penambahan kes-kes di negara. kerananya jugalah, insan berdosa. untuk menjaga aurat ini, amatlah seksa. kerana pemakaian yang hampir menutupi seluruh anggota badan. dengan keadaan cuaca yang panas, manusia merungut kepanasan dan berpeluh. sesungguhnya, apabila mereka merasai kepanasan dunia, Allah SWT ingin mengingatkan manusia tentang kepanasan nerakanya. manusia juga perlu ingat, apabila mereka menemui ajal nanti, mereka juga akan ditutup keseluruhannya. tiada lagi kita lihat kain kapan berfesyen. manusia juga tidak sedar, apa persamaan SAUNA dan menutup aurat? PELUH. apabila peluh keluar, sihat lah badan kita. tidak perlulah kita mengeluarkan duit yang banyak untuk proses rawatan kesihatan. walhal, dalam Islam sendiri mempunyai cara untuk hidup sihat. sedarkah kita? seterusnya, apabila aurat didedahkan, ianya cukup bahaya. seperti yang saya katakan dulu, apabila terdedahnya aurat, banyak 'KERANA' yang akan berlaku.

jangan hanya dipandang, lambat laun dikoyakkan.


konklusinya, menjaga aurat ini, ibarat menjaga emas. biarlah seksanya ditanggung di dunia. sanggupkah kita untuk menanggung seksa di akhirat kelak? renung-renungkan dan selamat beramal :) "kehormatanmu, mahkotamu"

"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"

sekian, wassalam. :)

-ISLAM ITU MUDAH, sifat manusia menyukarkan yang mudah-
ekspressi muda oleh *M.Z.I*

Friday 23 December 2011

Cerita Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tangan sy masih mampu menaip di keyboard walaupon dh jauh tgh malam. Insha Allah, sy berpegang pd satu kata yang hebat. Antum sume msti penah dgr kan, maklumlah antum sume pon hebat jugak ilmunya dlm bidang agama. Ha, ni ayatnye.. Kalau kite bantu agama Allah, maka Allah akan sentiasa bantu kite nanti. Nanti tu bile xtau, Insha Allah kt akhirat nnt kan. Hehe.

Malam ni sy nak bwk satu kisah utk antum yg sudi singgah ke blog UiTM Kuantan nih. Masih berkisar soal aurat. Huh, tengokla tajuk blog nih ape kan. Xkan nk citer psal politik plak kt cni. Insha Allah, harap-harap antum sudi la luangkan mase 5 minit drpd 24 jam antum utk kutip ilmu dn sebarkan pd org len. 

Macam nih kisahnye...
Dulu, mase sy mule2 bertudung labuh. Ramai sgt org tanye, knape sy pakai tudung labuh. Alasan biasa, xtrendy, xde fesyen, ketinggalan zaman, baju labuh xsesuai dgn badan, ha, macam-macam la dorg cakap kan. Tapi sy tetap jwb soklan dorg nih walaupon jwpan sy maybe mcm skema sket. Nak wat cmne, Allah dh aturkan cmtu syariat Islam.

Mase skola dlu, sy sgt kagum and boleh kate cm admire jugakla kalo nampak kakak2 senior atau sape2 jelah yang pakai tudung labuh. Yg berniqab, i mean berpurdah tu lg la sy suke tengok. Ntah kenape, maybe naluri sy kuat ke arah cmtu agaknye. Maklumla, zaman remaja ni zaman kite tengah kalut dok cari identiti diri yg sebenar.

Sebab ape sy kagum dengan mereka yg bertudung labuh ni. Ha, sebab mereka sume trdiri drpd perempuan yang baik-baik. Ustazah, kakak naqibah, dan sumenye yg hebat2 belaka akhlak dn peribadinye, tu la yg wat sy tertarik nak jd mcm mereka sume. And walaupon ramai jugak muslimah yg bertudung labuh ni yg ade masalah (sosial, ade pakwe, xsolat,), maksudnye hanya penampilan je Islam tapi dalaman x, tapi at least dalam hati dorg tetap ade satu semangat. Nak berubah utk jadi yang lebih mulia dn lebih baik. Insha Allah.


Mase sy mule bertanye tentang tudung yang sempurna, menutup dada dn sebagainya, jawapan yang sy dapat sangat mudah. Nak tau ape, "Yang tertutup dan terlindung itu lebih indah". Ha, tu je. Jawapan pendek ni yg akhirnye bwk sy mengkaji Surah Al-Ahzab ayat yang ke 59. Antum cubelah tengok kalo ade ksempatan waktu. Mudah-mudahan Hidayah Allah bersama antum.

Ya. Sdangkan buku yang kite syg, novel yg mahal pon kite sampul elok2 dengan pembalut, inikan pulak tubuh kite khususnye wanita. Xkan kite xnk tutup dn lindung tubuh kite yg cantik dn serba indah ni. Kan? Sy mule perhatikan langsir yg menutup tingkap, alas meja yg menutup meja, kotak yg menutup jam mahal dn sebagainya. Dan mmg benar, yg tertutup itu indah.

Hebat Allah jage kite, terutamanya wanita. Auratnye lebih banyak, perbatasan aurat wanita ni berat sket berbanding lelaki. Sebab, wanita lebih mulia dn lebih indah ciptaannya. Allah suruh kite jage aurat, agar keindahan tubuh badan kite hanya dinikmati oleh yang benar-benar berhak. Oh, mulianya wanita andai mnjaga auratnya. Mahalnya maruah kite andai aurat terjaga. Alangkah bertuahnya suami kite nanti kan.
Subhanallah.



Untuk hari ni, sy xnkla ckp psal kewajipan menutup aurat. Antum sume dh tau, sy yakin betul. Cume skrg yang penting, kuatkan hati antum untuk berubah mnjadi yang lebih baik. Sebetulnya, lebih disayangi Allah. Antum dh ade niat utk berubah, sy pasti antum nak sgt menutup aurat, cume hati antum belum kuat lagi. Ini tarbiyah dr Allah. Bende yang kite susah nak dpt, kite akan hargainya nnt. Insha Allah.

Untuk mematuhi sgala suruhan Allah bukan snang. Allah sndri dah kate dlm Quran. Manusia xkan dapat cakap die tu beriman tanpa ade sbarang ujian dr Allah utk melihat sejauh mane iman manusia tu. Macam2 tomahan, perlian, sindiran, herdikan, umpatan yang akan antum hadapi. Dalam mse ni, antum perlukan rakan utk membantu. Rakan yang akan menguatkan antum lagi. Antum perlukan Allah, senjata terbesar antum.

Ingatla, syurga tu manis. Allah xjanjikan jalan yang mudah utk kesyurga, tapi Allah janji Dia akan bersama kite setiap detik waktu. Sayangnya Allah kt kite kan. Subhanallah, Allahu Akbar.

"Jaga Diri, Jaga Peribadi. Tingkatkan Iman Melalui Amal."

As Salam

wannurulhidayahwananuaruddin
nuralhadi.blogspot.com



Saturday 17 December 2011

Fesyen tu tak salah kalau kene caranya.

Assalamualaikum wbt...

Dengan Nama Allah, sy mula menulis.
Mohon agar penulisan ni xmenyinggung hati sesiapa pon.
Mohon juga agar tulisan ini akan membuka hati para Muslimin dan Muslimah semua.
Dan yang terakhir.
Mohon agar penulisan ini dirahmati Allah.
Mudah-mudahan pahalanya mengalir di Alam Barzakh nanti.
Insha Allah.

Ade orang kate, tak guna kalau pakai tudung tapi akhlak buruk. Tak guna pakai tudung kalau hati busuk. Tak guna pakai tudung kalo diri trlalu sosial dengan lelaki. Hanya Allah sje yg tahu niat dalam hati kan. Tapi pape hal pon. Orang yang bertudung xsemestinya baik, tapi orang yang baik semestinya akan pakai tudung. Itu pendapat saya. Jd mungkin benar dan mungkin salah.

Dalam Al-Quran, Allah xde pon berfirman yang berfesyen ni haram. Allah xcakap pon pakai shawl atau pashmina ni haram. Yang Allah larang kalo kite tak tutup aurat (lelaki dan wanita) dan kalo kite bertabarruj ketika menghias penampilan untuk lelaki ajnabi. Tabarruj tu berlebih-lebihan, xkirelah dalam pape pon. Make up ke, dandan rambut ke, pakai barang kemas je, bunyi loceng klu terlalu kuat pon xboleh tau. Lelaki ajnabi ni pulak orang lelaki yang xde kaitan dengan kite, bhasa mudahnya adlh mane-mane lelaki yang kite boleh berkahwin dgn die. Hmm..


Jadi. Kalau kite gune akal fikiran, nilai semula semua ajaran Allah, sebenarnye tak ade satu pon suruhan Allah tu yang membebankan. Yang menyusahkan adalah bile kite sndri yang menyusahkan diri kite. Haha, faham ke x. Huhu, xpelah. Antum bijak kan, mesti antum faham ape yg nak sy sampaikan. Setiap apa yang Allah suruh, mesti dan wajib ade kebaikan untuk diri kite sndri. Allah takkan suruh bnde-benda yang mbawa mudarat kpd diri kite.

Allah kan sayang kite, Insha Allah.

Setiap hari kite bangun tidur, Allah bg kite nyawa dan oksigen tanpa minta ape-ape bayaran pon. Allah kurniakan kite mata untuk melihat, telinga untuk mndengar dan mulut untuk bercakap, Allah xpernah amik balik semua nikmat tu walaupon kite selalu salah gune sume pmberian Allah ni kan. Tapi pernah x kite amik mase kejap, pastu fikir balik tentang sume nih.

Allah bg segala-galanya pd kite. Allah pesan lagi, mintalah kpdNya nescaya Dia akan perkenankan permintaan kite. Insya Allah, malah Allah lebih suke hamba-hambaNya ni minta dan terus meminta pdNya. Allah suke kalau kite merayu, menangis dan merintih kt Dia. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sume kehendak kite akan Dia makbulkan, tapi kenapa kite ni malas sangat nak patuhi segala suruhan Allah walhal kebaikannya adalah untuk diri kite sndri.

Subhanallah, Hidayah tu hanya datang kalau kite mencarinya. Allah tak beri Hidayah tu scara tiba-tiba je, kite kene usaha untuk dapatkan Cahaya Petunjuk Allah nih. Insha Allah, mudah-mudahan ade sket pngajaran yang boleh antum ambil dr coretan pendek ni. Dan mudah-mudahan, Allah buka hati antum, lapangkan dada antum, supaya antum dn saya dpt merasai kemanisan iman yang sangat hebat. Insha Allah.

"Jaga diri, Jaga peribadi. Tingkatkan iman melalui amal."

As Salam

wannurulhidayahwananuaruddin
nuralhadi.blogspot.com