Pucuk
ubi di tepi taman,
Sireh
seikat di tepi kolam;
Mari
teman mari kawan,
Mari
soal aurat kaum Adam.
Assalamualaikum wbt. Apa khabar my dear blog readers? :) *Et harap semua sihat sejahtera di bawah lindungan Allah swt, Maha Pencipta kita. Sedap
tak pantun kat atas? Macam kureng je kan? Haha. Tu mukadimah je. Yang penting
intipati yang ingin *Et ‘korek’ kejap lagi dan feedback daripada readers semua
amat digalakkan. Seperti yang *Et dah kata kat dalam pantun kat atas tu ha, tajuk
entry kali ni *Et nak cakap adalah pasal aurat lelaki dan di mana silapnya
etika kaum Adam ini berpakaian. Acapkali kaum Hawa je yang orang ‘aim’ dan
nampak kesalahan mereka berpakaian tak tutup aurat. Lelaki tak pernah terdedah
aurat ke? Pernah kan tapi orang biasa buat nampak tak nampak je. So, sebagai
satu kelainan, kali ini blog Jom Tutup Aurat akan memuatkan antara kesalahan
(untuk dijadikan pengajaran) tatkala lelaki berpakaian.
1.
Berpakaian ketat
Biasa orang perempuan akan ditegur bila
pakai baju dan seluar yang ketat. Tapi, pernah tak orang tegur bila lelaki
pakai pakaian yang ketat pulak? Jarang kan? Berpakaian ketat sehingga
menampakkan susuk tubuh adalah haram di sisi Islam. Walaupun ‘cutting’ lelaki
straight je tak seperti kaum wanita yang ber’shape-shape bentuk badan mereka,
namun begitu, tak bermakna lelaki boleh berpakaian sewenang-wenangnya tanpa
memikirkan soal nampak bentuk tubuh. Hal ini kerana, menampakkan susuk tubuh
umum mengetahui boleh menarik pandangan orang lain yang bukan muhsin dan
dikhuatiri kotor pemikiran mereka lantas boleh menggerakkan tiang iman dan
menaikkan nafsu syahwat secara sengaja atau tidak. Pernah ke korang terfikir
pasal ni? :) Ha… Kalau baru terfikir, alhamdulillah. Sedar jugak… Hehe. Pasni
pakailah baju longgar-longgar cikit ye cik abang. Tak comel lah pakai baju
ketat ni. Takut tengok badan ketul-ketul. Hahaha. Gurau je.
2.
Tukar baju di khalayak awam
Rasa-rasa readers boleh agak kat mana
biasa perbuatan ni berlaku. Selalu brader-brader lepas main bola, main futsal,
main badminton dan lain-lain lagi sports kegemaran dengan selambanya tukar baju
depan-depan umum yang biasanya ada lelaki dan ada owang perempuan. Tahulah time
tu tengah peluh-peluh tak selesa pakai baju basah tapi considerlah sikit
mata-mata yang kiri kanan atas bawah memandang aurat anda. Berdosa kot tayang
aurat walaupun kejap. Kalau nak tukar baju pun, pergilah kat men’s room kejap
baru tukar. Kan lagi privacy.
3.
Short pants
Tau tak aurat lelaki tang mana? Bawah
pusat hingga paras lutut. Tapi selalu tak korang ternampak lelaki pakai shorts
atas dari lutut? Kalau tak selalu pun mesti pernah jugak kan? Hehe. Bukan nak
salahkan tak leh pakai seluar pendek, if can wear shorts yang panjang cikit
lepas bawah lutut kan lagi baik. Selamat dari terdedah aurat dan fikiran kotor
manusia sekeliling. Lagi pun, risiko cedera boleh dikurangkan serta taklah
ternampak kekurangan seperti parut, kudis, kesan gigitan nyamuk dan benda-benda
yang tak sepatutnya dilihat. Hehe. Betul tak pe *Et cakap ni? Jangan gelak je
tau… :)
4.
Baju nipis
Ha… Ni lagi satu kesilapan lelaki pabila
berpakaian. Ingat perempuan je biasa pakai baju nipis? Lelaki pun adalah. Hot
sangat ke pakai baju camtu? Tak kot. Pakai baju yang betul-betul baju lagi
smart. Taklah pening mata ni main teka teki. Teka teki apa? Tekalah… Haha.
Mesti ada orang akan argue pasal ni. Pakai baju nipis? Nampak ke aurat lelaki
yang sekangkang kera tu? Ada yang akan kata “Ala, tak nampak pon. Tu je nak
kecoh.” Dan ada yang akan kata “ Ala, tak nampak pon. So, watpe nak tayang?”
Hahaha… Sebenarnya bukan masalah nampak ke tak nampak, masalahnya efek kepada
orang lain bila nampak kita pakai baju nipis. Pandangan orang juga penting
sebab orang akan menilai kita dari cara kita berpakaian. Pakai selekeh orang
akan cakap apa? Pakai kemas orang cakap pe? Imej luaran melambangkan jiwa
dalaman seseorang individu. Dress well, people will respect you more.
I think that’s all for this while… Kalau ada nak tambah, komen lah yer...
Bunga mawar kembangnya merah,
Daun kasturi berbau wangi;
Silap cakap janganlah marah,
Tegurlah nanti I tak buat lagi.
Maceh~
:)
No comments:
Post a Comment